Thursday 30 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Kepada rakan-rakan yang berbangsa cina , Gong Xi Fa Cai . Moga tahun ini membawa 1001 kebaikan kepada kita semua hendaknya.


UCAPAN TAHUN BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Khusus buat rakan-rakan sejawat SMK Seri Kota. Moga kehadiran tahun 2014 memberi semangat kepada kita semua dalam mendidik anak murid kita. Mungkin tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru. Bagaimana azam dan harapan kalian ?

Tentunya bersemangat hendaknya. Dan harapan saya semangat dan harapan ini berkekalan hingga ke penghujung tahun 2014. 

Saya sebagai penyelaras kepada blog Panitia Matematik pada tahun ini akan berazam untuk memuatkan bahan yang sarat informasi yang berguna untuk kita semua. Sekiranya ada bahan yang ingin dikongsi, upload sahaja dalam dropbox. Saya akan sentiasa mengemaskini maklumat tersebut dalam blog kita. 

Akhir kata , bersama-samalah kita menjadikan blog panitia, group watssup, dropbox sebagai platform kepada kita untuk menyalurkan maklumat dengan cepat seterusnya melancarkan gerak kerja Panitia Matematik bagi memastikan P&P berlangsung dengan jayanya.

OPTIMIS, POSITIF dan KREATIF ...

aduka1918
11.57 pm
30 Januari 2014